Janji TUHAN

Ketika kuhanyut semakin jauh
semakin kugapai semakin semakin tenggelam
ketika tujuan hidup semakin kabur
terasa ku mati sebelum kematian

apalah artinya hidup tanpa pimpinan
tiada cahaya tiada panduan
tanpa cinta dan kasih sayang buat Tuhan
segala yang kumiliki tiada berharga

Well, berikut ini marilah kita simak penggalan khutbah Mursyidku.
Mursyidku itu adalah MUJADDID di kurun ini. Dia pun bukan sembarang MUJADDID, dia adalah AL FATA AT TAMIMI (PUTRA BANI TAMIM) yang Tuhan janjikan kedatangannya di akhir zaman. Dia adalah tangan kanan kepada IMAMUL MAHDI.
Selamat menyimak:

Khutbah Aidil Fitri 1427 H
Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi
Chairman Rufaqa’ Corporation International

KINI GILIRAN MELAYU MENERAJUI EMPAYAR MELALUI ISLAM

KHUTBAH 1
Saudara-saudari para hadirin yang dihormati sekalian:
Marilah kita sama-sama bersyukur kepada Allah SWT dengan sebenar-benar
syukur. Kerana Allah telah memanjangkan umur kita dan kerana kita telah sama-sama
dapat mengisi bulan Ramadhan dengan berpuasa pada siang hari, mengerjakan
sembahyang tarawih pada waktu malam, ditambah lagi dengan ibadah-ibadah lain
seperti membaca Al-Quran, membayar zakat fitrah dan lain-lain lagi. Sebentar tadi
kita sama-sama bertakbir, bertasbih, bertahmid diiringi dengan sembahyang sunat
Aidilfitri dan doa. Dan sekarang kita sama-sama mendengar khutbah hari raya
Aidilfitri.
Moga-moga pada pagi ini kita benar-benar dapat bersyukur dan bertafakur.
Kita bersyukur di atas nikmat-nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada kita
semua, sepertimana yang telah disebutkan tadi. Dan kita bertafakur atau berfikir,
merenung dan muhasabah diri apakah ibadah kita sebulan Ramadhan itu telah
diterima Tuhan.
Saudara-saudari yang dihormati sekalian:
Pada pagi hari raya yang mulia ini Allah telah menganugerahkan nikmat yang
maha besar kepada golongan muttaqin. Orang-orang bertaqwa ini sahajalah yang
layak menyambut hari raya ini kerana Allah telah menganugerahkan kepada mereka
maghfirah, rahmat dan ganjaran besar. Hadiah itu mereka dapat kerana mereka telah
berjaya bermujahadah dan beribadah sungguh-sungguh di dalam bulan Ramadhan
yang lalu.
Selain maghfirah, rahmat dan ganjaran syurga kepada orang-orang bertaqwa,
Allah juga menjanjikan pertolongan dan kemenangan yang dekat. Di antara
pertolongan dan kemenangan yang dekat itu ialah Allah akan mewariskan bumi ini
kepada orang-orang yang bertaqwa, sebagaimana yang Allah janjikan Al Quran:
"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu
dan mengerjakan amalan soleh, bahwa Dia akan menjadikan mereka berkuasa di
atas permukaan bumi ini, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang
sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka
agama yang telah diridhainya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar
keadaan inereka, sesudah mereka berada didalam ketakutan menjadi aman sentosa.
Mereka tetap menyembahku tanpa menyekutuiku dengan sesuatu apapun denganKu.
Dan barangsiapa yang tetap kafir sesudah janji itu, maka mereka itulah orang-orang
yang fasiq. " (An Nur, 24: 55)
Dalam ayat ini Allah telah berjanji dan menetapkan syarat kepada umat Islam
bagaimana hendak mendapatkan janji kemenangan dari Allah itu. Allah akan
menjadikan umat Islam itu berkuasa di atas muka bumi ini dengan syarat mereka
mengusahakan taqwa. Sedangkan taqwa itu bersifat maknawi dan susah untuk
difahami. Lebih-lebih lagi susah untuk diusahakan tapi begitulah ketetapan-Nya. Ada
pun orang kafir boleh juga kecapi nilanat hidup tanpa taqwa adalah kerana disiplin
Tuhan untuk mereka itu lain daripada apa yang diperuntukkan pada orang Islam.
Tuhan telah buat dua bahagian iaitu:
1. Orang Islam kalau hendak berjaya mesti dengan taqwa (kekuatan ruh)
2. Orang bukan Islam kalau hendak berjaya mestilah dengan quwwah (kekuatan
lahir)
Kekuatan lahir nampak jelas dengan mata, kekuatan jiwa pula tidak nampak
dengan mata. Sebab itu orang Islam yang tidak faham, lebih suka mengusahakan
kekuatan lahir untuk berjaya. Sedangkan Tuhan tidak janjikan begitu. Orang yang
memilih Islam sebagai agamanya patut faham agamanya bahawa untuk berjaya dia
kena usahakan taqwa (jiwa kuat dengan Tuhan). Taqwa adalah dasar atau asas, usaha
lahir untuk memperkuatkan sahaja. Umat Islam tanpa asas taqwa, sekuat manapun
usaha lahirnya tidak akan dapat kejayaan yang Tuhan janjikan itu.
Saudara-saudari sidang hadirin yang dihormati sekalian:
Hari ini hari raya Aidilfitri 1427 Hijriah, kita berada di awal kurun ke-15
Hijriah. Ini adalah satu masa yang sangat bertuah kerana di awal kurun inilah Tuhan
menjanjikan satu kemenangan besar untuk umat Islam. Allah melalui lidah Rasul-Nya
telah mengkhabarkan satu berita gembira yang Tuhan simpan untuk umat akhir zaman
iaitu bangsa Melayu akan menjadi empayar melalui Islam tidak lama lagi. Ia akan
bermula di kurun ini. Berlakunya adalah sepertimana yang pernah berlaku kepada
bangsa Arab 1500 tahun yang lalu dan bangsa Turki 800 tahun yang lalu.
Empayar Islam kali kedua ini akan diterajui oleh bangsa kita, bangsa Melayu.
la bukan angan-angan tetapi adalah satu kenyataan kerana telah diisyaratkan melalui
lidah Rasulullah SAW untuk umat Islam akhir zaman. Mari kita lihat hadits-hadits
Rasulullah yang menggambarkannya.
Rasulullah bersabda yang bermaksud
"Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman Kenabian itu
sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu.
Kemudian berlakulah zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan
seperti Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah
kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman
pemerintahan yang menggigit (zaman Fitnah) Berlakulah zaman itu sepertimana
yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah
zaman penindasan dan pennzaliman (zaman pemerintahan diktator dan demokrasi)
dan berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah
pula zaman kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa) yang berjalan di atas cara
hidup zaman Kenabian. "
(Hadits riwayat Ahmad)
Berdasarkan hadits di atas Allah telah siapkan satu plan pemerintahan dunia mengikut
urutan berikut:
1. Zaman Kenabian
2. Zaman Kekhalifahan
3. Zaman Fitnah
4. Zaman penzaliman
5. Zaman kekhalifahan yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian iaitu
zaman Imam Mahdi dan Nabi Isa.
‘Grand Design’ di atas membuktikan bahawa Rasulullah telah
menggambarkan bahawa Islam akan melalui satu perjalanan yang menyaksikan
pergiliran era kemenangan dan kegemilangan, kejatuhan dan kegelapan. Era
seterusnya akan ditutupi dengan kemuncak kegemilangan kali kedua.
Di sebutkan dalam sebuah hadits Rasulullah yang bermaksud:
Daripada Ibnu Umar r.a, bahawa Rasulullah SAW sambil memegang tangan
Sayidina Ali; baginda berkata: "Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang
memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian itu
hendaklah bersama Putera dari Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari
sebelah Timur dan dialah pemegang Panji panji Al Mahdi "
(Hadtis riwayat At Tabrani)
Hadits ini menggambarkan bahawa ada dua pemimpin yang Tuhan janjikan
untuk memimpin kebangkitan Islam akhir zaman itu iaitu Putera Bani Tamim dan
Imam Mahdi. Putera Bani Tamim itu adalah pemegang panji-panji Al Mahdi yakni
pemimpin yang mengasaskan sebuah daulah Islamiyah yang měnjadi tapak empayar
Islam dan akan diserahkan kepada Imam Mahdi.
Kenyataan hadits bahwa Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim adalah
Penyelamat yang bakal tiba, nampaknya hari ini semakin diterima, ditunggu bahkan
dirindui oleh masyarakat, samada di Malaysia dan di seluruh dunia. Bangsa asing pun
ikut menunggunya mengikut istilah bahasa masing-masing.
Dalam hadits itu juga dinyatakan bahawa kebangkitan itu bermula dari Timur,
ertinya ia diasaskan dan diperjuangkan oleh pemimpin dan bangsa dari Timur. Jika
dinilai samada secara geografi atau watak bangsa yang Rasulullah sebutkan dalam
haditshadits berkenaan maka bangsa Timur yang dimaksudkan ialah bangsa Melayu,
khususnya Malaysia.
Menyatakan orang Melayu khususnya dan orang Timur umumnya akan
menerima giliran untuk menerajui empayar Islam akhir zaman, pun nampaknya tidak
mustahil lagi. Sementelahan pula bangsa Melayu memang belum lagi mendapat
giliran untuk menerajui empayar Islam sepertimana telah berlaku pada bangsa Arab
dan Turki. Sekarang umat Melayu menjangkau 300 juta orang. Bilangan umat Islam
yang terbesar didunia.
Menyatakan Malaysia akan jadi daulah Islam yang akan diserahkan oleh
Putera Bani Tamim kepada Imam Mahdi, nampaknya watak Malaysia memang
seperti sedang diproses untuk menuju ke arah daulah Islamiyah. Penerapan Islam
dalam semua aspek kehidupan paling ketara berlaku di Malaysia. Kerajaan pula telah
mengisytiharkan Malaysia sebagai Negara Islam Hadhari dengan aman damai
walaupun rakyatnya terdiri dari berbilang kaum dan agama. Ini adalah satu petanda
awal yang membenarkan janji Tuhan akan berlakunya empayar Islam di akhir zaman
yang tapaknya ialah sebuah daulah Islamiyah. Suasana begini tidak berlaku di tempat
lain, keamanan dan keharmonian ini tidak berlaku pada bangsa lain. Pencapaian
Malaysia ini bukan berlaku dengan sendirinya, melainkan hasil didikan dan pimpinan
dari orang-orang Tuhan yang diutuskan untuk zaman ini yang Tuhan pilih dari
kalangan bangsa Melayu.
KHUTBAH 2
Sidang hadirin yang dimuliakan:
Saya telah katakan sebelum ini bahawa Melayu akan menjadi empayar melalui
Islam tidak lama lagi. Ini adalah khabar gembira buat bangsa Melayu dan semua
bangsa yang inginkan keamanan dan kedamaian. Ia bukan dicetuskan oleh orang
politik melalui sistem demokrasi, komunis atau mana-mana sistem yang ada di dunia.
Tetapi ia akan berlaku melalui dakwah dan tarbiyah dengan penuh kasih sayang.
Apabila ia berlaku penuh dengan aman damai dan harmoni, semua bangsa
gembira dan bahagia. Kehidupan yang penuh ketakutan dan pancaroba sudah berlalu.
Semua bangsa dan negara ingin bernaung di bawah pemimpin ini. Kepimpinan ini
akan berlaku hinggalah kepada kedatangan Nabi Isa as. yang membawa rahmat bukan
hanya kepada umat Islam tetapi juga diterima oleh agama samawi yang lain seperti
Yahudi dan Kristian.
Apakah yang sepatutnya kita lakukan agar suasana indah, aman, makmur yang
Tuhan janjikan itu dapat segera menjadi kenyataan? Ini adalah kerja besar yang hanya
mampu dilakukan oleh pemimpin yang dijanjikan, yakni yang bertaraf mujaddid yang
Allah bekalkan dengan ilmu ilham dan karamah untuk mempastikan kepimpinannya
itu berjaya. Pemimpin yang dijanjikan itu sahajalah yang mampu mendidik dan
memimpin masyarakat untuk mengamalkan agama itu benar-benar sebagaimana yang
Allah kehendaki yakni sebagai cara hidup (Ad-Din) yang selamat dan menyelamatkan
(Islam).
Tuhan tidak kata agama itu selamat (Assilmu) tetapi Islam, ertinya selamat dan
menyelamatkan. Kalau ertinya selamat sahaja, ia hanya disebelah pihak. Sedangkan
Allah maksudkan Islam itu selamat dan menyelamatkan, ertinya siapa yang amalkan
Islam itu kesannya memberi kebaikan dan keuntungan kepada orang lain sekalipun
orang kafir. Ad-Din itu pula adalah cara hidup yang telah diamalkan oleh Rasulullah
bersama para Sahabat, dan memberi rahmat kepada orang lain, memberi kebaikan
kepada manusia lain sekalipun bukan beragama Islam.
Yang dapat mewujudkan kehidupan selamat dan menyelamatkan ini hanya
datang dari Tuhan sahaja, samada pemimpinnya mahupun kaedahnya. Oleh itu,
apabila kita telah bertemu dengan pemimpin yang dimaksudkan itu, maka wajiblah
kita berbaiah dan mentaati kepimpinannya.
Di bawah kepimpinan pemimpin yang dijanjikan ini berlakulah kemakmuran
yang luar biasa. Kemakmuran yang utama ialah manusia hidup dengan penuh kasih
sayang, bersatu padu, rasa bersama dan bekerjasama. Kemudian disusuli pula dengan
kemakmuran dari segi kemewahan makan minum dan tempat tinggal. Hidup satu
sama lain laksana satu keluarga, curiga mencurigai sudah tidak ada, di mana sahaja
kita pergi dan berada tiada ketakutan dan kebimbangan. Bergembiralah kita semua
dengan zaman gemilang itu yang tidak lama lagi akan menjadi kenyataan.
Selaku rakyat Malaysia berketurunan Melayu beragama Islam ini merupakan
satu khabar gembira buat kita. Tuhan memilih kebangkitan ini berlaku ditangan kita.
Saniada kita perasan atau tidak, bersiap atau tidak, setuju atau tidak, nainun janji
Tuhan pasti akan berlaku. Tuhan telah pergilir-gilirkan di kalangan bangsa-bangsa di
dunia samada dunia barat mahupun timur untuk menguasai dunia. Ini adalah satu
sunnatullah dan fakta sejarah yang tidak dapat dinafikan.
Sepatutnya bangsa Melayu bersyukur dan berbangga serta berusaha keras
berbanding bangsa-bangsa lain kerana pemimpin yang dijanjikan itu lahir di kalangan
bangsa Melayu. Dengan sebab keinginan dan usaha yang bersungguh-sungguh itu
moga-moga Allah SWT sudi menerima kita untuk menerajui sebuah empayar baru
Islam yang mana tapaknya ialah di Malaysia tanah air tercinta.
Sidang hadirin yang dimuliakan;
Kalaulah kita bersungguh-sungguh, bersama dan bekerjasama membina
kekuatan untuk menyambut dan menyokong kebangkitan Islam dan kepimpinan yang
Tuhan janjikan in, maka perjuangan kita akan menghala kepada terbentuknya satu
rupa masyarakat yang tidak ada di mana-mana dan bila-bila sebelum ini, kecuali di
zaman Rasulullah dan salafussoleh. Kita tidak rugi kalau berusaha untuk
menerimanya. InsyaAllah kita akan selamat. Sedangkan sikap prejudis dan usahausaha
untuk menafikan dan menolak janji Allah ini tidak pun memberi apa-apa
faedah. Bahkan, nampaknya masalah negara makin menjadi jadi.
Hanya pemimpin yang dijanjikan inilah yang mampu mewujudkan masyarakat
Islam yang dipuji dan dijunjung kembali oleh manusia sedunia. Waktu itu dunia ini
akan sunyi dari peperangan, pergaduhan, perpecahan dan sebarang kejahatan. Dan
mogamoga kita kembali menjadi tuan-tuan dan penguasa-penguasa yang adil di bumi
Tuhan ini seperti mana datuk nenek kita iaitu para salafussoleh yang menjawatnya
dulu. Insya-Allah. Moga-moga jadilah kita hamba-hamba yang Allah redhai, yang
layak menduduki Syurga-Nya, samada syurga yang disegerakan di dunia mahupun
syurga yang kekal abadi di Akhirat nanti.

Leave a Reply