Kebesaran Para Sahabat
Kebesaran Para Sahabat
Sahabat - Sahabat ibarat bintang-bintang dilangit
Demikianlah sabda Nabi
Mana satu dikalangan mereka diikut dapat petunjuk
Mereka itu adalah murid murid yang paling berjaya
Dalam satu zaman semenjak dunia diwujudkan
Berjaya didunia cemerlang di Akhirat
Kerana mereka itu Nabi gurunya
Mereka sangat takut dan cintakan Tuhan dan cinta kepada Nabinya
Akhirat diutamakan mereka
Dunia dipandang murah sahaja oleh mereka
Dengan Nabi sangat setia, sama sama berjuang sama sama susah dan senang
Sama sama ikut berhijrah bersama Nabi ke Madinah
Bersusah payah, apa sahaja disuruh Nabi mereka taat
Kemana saja disuruh pergi mereka taat
Apa saja disuruh Nabi mereka buat
Kemana saja disuruh Nabi mereka taat
Mereka Sahabat, menganggap Nabi adalah gurunya , ibunya, bapanya,
pemimpinnya dan kawan setianya
Taatnya kepada Nabi tidak berbelah bagi
Apa saja diperintah Nabi ditunaikan
Nabi sungguh cinta dan kasih kepada mereka
Nabi merasakan mereka macam anak-anaknya
Satu dua hari saja Nabi tidak bertemu dengan salah seorang mereka
Nabi sudah bertanya-tanya
Mana Sipolan? kemana perginya? sakitkah dia?
Begitulah Nabi terhadap mereka
Para Sahabat, berjuang adalah budaya mereka
Malam mereka menjadi Abid siang menjadi singa
Pada peringkat awal Islam para Sahabat menerima ujian berat
,tapi mereka sabar
Ada yang dibunuh, dicacatkan anggota, berpisah dengan keluarga
Mereka mengembangkan ajaran Islam berselerak dimerata dunia
Sahabat ada yang mati didalam peperangan, syahidlah mereka
Mereka Para Sahabat yang mati diperantauan ¾ banyaknya atau ramainya
Kerana itulah Islam cepat berkembang
Islam cepat berkembang pesat merata dunia dalam masa yang singkat saja
Islamnya kita ini adalah jasa mereka
Sahabat nabi adalah obor dunia, bintang dilangit
Dosa-dosa mereka diampunkan kerana bersahabat dengan baginda
Mereka adalah suri tauladan, ikutan, contoh sepanjang zaman selepas Nabinya
Mereka itu adalah bayangan Nabi
Mereka Sahabat, apabila bertemu Nabi susah hendak berpisah
Apabila berpisah sangat merindui Nabi mereka
Cacat cela mereka sedikit sangat
Patut, mereka bukan Nabi, tentu sekali tidak maksum dari kesilapan
Mereka adalah benar-benar Ulama ul Amilin, Pewaris Nabi
Tempat sandaran Umat dizamannya
Sejarah mereka diabadikan membayangkan jasa mereka
Murid-murid mereka adalah para Tabiin yang banyak berjasa kepada agama
Para-para Tabiinlah yang menyambung perjuangan mereka merata dunia
Masyarakat Sahabat macam satu keluarga
Berkasih sayang sesama bersatu padu bagaikan susunan batu bata
Rasa bersama, bekerjasama
Semasa hidup Nabi, mereka adalah duta-duta Rasul menjelajah dunia membawa agama
Dimasa Nabi hidup lagi mereka sudah sampai ke negeri Cina
Mempromosi Tuhannya, diantara mereka Abdullah Al Bahili namanya
Sahabat pertama ke negeri Cina
Mereka dihantar oleh Nabi dimasa hidupnya lagi
Bertemu raja-raja , pembesar-pembesar dunia dan qaisar dan kisra
Bukan beramai-ramai dihantar, hanya dihantar oleh Nabi seorang untuk seorang saja
Ada dikalangan mereka sampai saja bertemu raja, membawa mesej Rasul, dia dibunuh oleh raja, selepas itu raja itu terhina
Kerajaannya jatuh dibawah kaki Sahabat hasil doa Nabi yang murka
Ada raja yang menerima ada raja yang menghina
Ada pembesar yang menerima tapi tidak menukar agamanya
Sungguh besar jasa Sahabat hidup mati mereka seluruhnya untuk Tuhan dan Rasulnya
Kehebatan para sahabat memperjuangkan agama ,
disitulah dapat dilihat kebesaran Rasul sebagai gurunya
Berjaya Rasul mendidik mereka ke tahap cemerlang dan luar biasa
Tidak ada mana-mana guru yang boleh membuatnya
Patutlah Nabi memberi mereka jolokan Sahabat laksana bintang-bintang dilangit
Mereka adalah pelita-pelita dilangit dan obor-obor dibumi
Patutlah mereka mendapat gelaran dari Tuhan Radhiullahu Anhum
(Allaha redha dengan mereka ).
Sungguh berjasa sahabat terhadapa agamanya., jasa mereka patut dikenang lebih-lebih lagi Sahabat-Sahabat besar seperti Khulafa ul Rashidin, oleh itu krisis mereka selepas wafat Nabi ,jangan dikomen dan jangan dicerca, kita kalau tidak ada krisispun tidak sebesar jasa mereka , betapalah kalau kita berkrisis lebih lagilah kita tidak ada nilainya
Mereka dalam berkrisispun masih mampu mengembangkan agama
dan menawan daerah musuh-musuhnya
Sekian sahaja. Allahuma Ardha a’n hum